Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

transformasi menabung

Transformasi Menabung

Sikap menabung adalah di mana seseorang menyimpan sesuatu sama ada barang atau wang ringgit sebagai satu bentuk simpanan untuk kegunaan jangka masa panjang atau pendek.

Kini, peredaran masa yang lebih maju telah mengubah cara kita membuat simpanan di dalam tabung. Transformasi ini merangkumi cara, alat dan bentuk tabungan yang berbeza berbanding dahulu.

Semasa zaman dahulu, kita di didik untuk menabung dari kecil dengan membuat simpanan di dalam tabung berbentuk ayam, batang buluh yang telah di ubah suai, tin-tin kosong yang telah ditebuk lubang atau barang-barang terpakai yang boleh dijadikan tabung.

Transformasi kini telah banyak mengubah cara kita membuat simpanan untuk masa hadapan dengan wujudnya pilihan simpanan yang lebih selamat dan menguntungkan di institusi-institusi kewangan yang ada di negara kita. PTPTN juga tidak ketinggalan dalam memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat simpanan apabila pada tahun 2004 telah mewujudkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan SSPN-i Plus pada 2015. Banyak kelebihan yang tersendiri ditawarkan oleh semua institusi apabila kita membuat simpanan dengan mereka.

Jika dahulu, cara membuat tabungan dengan membawa wang tunai ke institusi kewangan yang dipilih untuk disimpan dan buku simpanan juga diperlukan untuk sebarang bentuk rujukan. Namun, dengan perkembangan teknologi yang semakin maju kini semuanya telah berubah di mana masyarakat boleh membuat simpanan melalui dalam talian sahaja sama ada melalui pindahan menggunakan ATM/CDM, membuat potongan gaji setiap bulan atau membuat potongan direct debit mengikut kemampuan masing-masing. Fasa ini dilihat jauh lebih memudahkan dan selamat bagi mereka yang membuat simpanan di samping banyak pilihan diberi

Kesimpulannya, walau bagaimana cara sekalipun untuk kita membuat simpanan, didikan awal anak-anak dalam membuat simpanan untuk jangka masa panjang amatlah penting. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Masih belum terlambat bagi mereka yang belum membuat simpanan, lakukan sekarang.

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, klik di sini.

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, klik di sini.