Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

Tips Mendidik Si Kecil Menabung

Menabung adalah salah satu aspek terpenting untuk membina asas kewangan yang kukuh. Namun masih ramai di antara kita yang tidak mengambil berat dengan kepentingan tabungan ini. Untuk menggalakkan lebih ramai orang menabung, amalan ini perlulah diterapkan sejak kecil lagi. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak menabung. Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk anda mendidik si kecil:

1. Hadiahkan Tabung Yang Menarik

Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Hadiahkan tabung yang boleh menarik minat anak-anak seperti watak animasi kegemaran mereka. Ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menabung. Ceritakan juga kepada mereka tentang kebaikan menabung untuk masa depan.

2. Tetapkan Sasaran Simpanan

Sudah menjadi lumrah bagi kanak-kanak untuk membeli mainan, pakaian ataupun makanan kegemaran mereka. Sebagai ibu bapa, ini adalah masa yang terbaik bagi anda mendidik anak-anak untuk menabung. Didik mereka untuk menyimpan duit sekiranya mereka ingin membeli sesuatu. Dengan cara ini, anak-anak lebih menghargai barangan yang dibeli kerana menggunakan hasil wang simpanan mereka sendiri.

 3. Berikan Ganjaran

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menggalakkan anak-anak menabung, anda boleh memberikan ganjaran kepada mereka. Sebagai contoh, apabila anak anda berjaya menabung sebanyak RM20, anda boleh memberi mereka ganjaran RM10 sebagai galakkan untuk mereka teruskan tabungan.

4. Buka Akaun Simpanan

Apabila tabung anak anda sudah penuh, bawa mereka untuk membuka akaun simpanan. Terdapat pelbagai akaun simpanan yang menawarkan pelbagai manfaat untuk penyimpan. Anda boleh meminta anak-anak untuk mengira berapa jumlah wang yang akan dimasukkan supaya mereka tahu berapa banyak wang yang mereka miliki. Mungkin itu juga akan menaikkan semangat mereka untuk terus menabung.

Kesimpulannya, semua bermula dari ibu bapa. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan anak-anak untuk menabung sekiranya ibu bapa sendiri tidak mengamalkan amalan tersebut. Jadi, masih belum terlambat untuk anda mulakan penabungan sekarang. Menabunglah dengan Simpan SSPN dan nikmati pelbagai tawaran hebat yang menarik!

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, klik di sini.

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, klik di sini.