Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
LinkedIn

TikTok Challenge #TerimaKasihPTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengadakan TikTok Challenge #TerimaKasihPTPTN. TikTok Challenge #TerimaKasihPTPTN merupakan salah satu inisiatif PTPTN meningkatkan kesedaran kepentingan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada masyarakat melalui pendekatan hiburan maya berinformasi dan seni persembahan yang merangkumi elemen nyanyian, lakonan, atau tarian.

Bertemakan #TerimaKasihPTPTN, TikTok Challenge #TerimaKasihPTPTN ini juga diadakan khas bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN.  Tempoh TikTok Challenge #TerimaKasihPTPTN ini bermula 27 Julai 2022 sehingga 28 Ogos 2022.

TikTok Challenge #TerimaKasihPTPTN ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan setiap peserta perlu Follow akaun TikTok Rasmi PTPTN @PTPTNOfficial. Peserta juga perlu muat naik video yang bertemakan “#TerimaKasihPTPTN” ke laman TikTok berserta hashtag #TerimaKasihPTPTN, #PeluangKejayaanAnda #TikTokChallenge #PTPTNTikTokChallenge dan perlu memastikan profil TikTok ditetapkan kepada Public.

TikTok Challenge #TerimaKasihPTPTN ini menawarkan hadiah utama bernilai RM2,500 dan saguhati bernilai RM250 kepada 24 orang pemenang.

Terma & Syarat, KLIK DI SINI.

Soalan Lazim, KLIK DI SINI.