SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Simpan SSPN Prime

Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan, antaranya:
  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;

  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;

  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

  4. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;

  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan;

  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

Boleh. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas bagi memupuk sikap penabungan di kalangan rakyat Malaysia.

Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:

  1. Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.

  2. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).

  3. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.

  4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.

  5. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

  6. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.

  7. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka secara online dengan melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.

Simpan SSPN Prime tidak menggunakan buku akaun. Walau bagaimanapun PTPTN akan menghantar Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Plus.

Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan

Tidak, pendeposit boleh membuka akaun dan menamakan mana-mana warganegara Malaysia yang lain sebagai penerima manfaat.

Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan Simpan SSPN Prime yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.

Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau

  2. Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.

Tiada caj yang dikenakan oleh PTPTN kecuali caj yang dikenakan oleh ejen, sekiranya ada.

Proses permohonan pengeluaran deposit/penutupan akaun mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Boleh, pendeposit perlu membuat permohonan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pindahan antara akaun dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN.

Tidak. Simpan SSPN Prime dan Skim Pinjaman Pendidikan adalah skim yang berbeza walaupun kedua-duanya di bawah PTPTN.

Boleh. pendeposit perlu mengisi Borang Pindahan Deposit/ Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN. Pindahan boleh dilakukan berdasarkan situasi berikut:

  1. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.

  2. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Plus ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.

  3. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.

  4. Pindahan lebihan bayaran balik pinjaman ke akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas peminjam / pendeposit yang sama.

  5. Pindahan simpanan Simpan SSPN Prime untuk bayaran balik pinjaman atas peminjam / pendeposit yang sama.

Ya, pendeposit perlu membuat penutupan akaun atas nama penerima manfaat tersebut. Pendeposit mempunyai pilihan sama ada untuk menerima wang simpanan semasa membuat penutupan atau membuat pindahan wang simpanan ke akaun penerima manfaat yang lain.

Ada. Simpan SSPN Prime menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan Simpan SSPN Prime semasa kematian:

Kurang daripada RM3,000

  1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan

  2. Salinan Mykad pendeposit

  3. Salinan Mykad pendeposit

  4. Salinan sijil kematian pendeposit

  5. Borang Pengesahan Waris

  6. Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10

  7. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).

Jumlah RM3,000 dan ke atas

  1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan

  2. Salinan Mykad pendeposit

  3. Salinan MyKad waris

  4. Salinan sijil kematian pendeposit

  5. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf

  6. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja)

Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Kategori kelayakan adalah seperti berikut:

  • Taksiran Berasingan : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun.
  • Taksiran Bersama : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun.

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa, iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun Simpan SSPN Prime melalui e-Simpan SSPN Prime di portal rasmi PTPTN.

Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.

  2. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.

  3. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.

Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

  1. *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.

  2. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.

  3. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.

  4. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.

  5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).

  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.

  7. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)

*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan

Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.

Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.

Simpan SSPN Plus

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. SSPN terdiri daripada dua komponen produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus).

Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus) merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan Simpan SSPN Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual:

Pakej Intan Delima Topas Zamrud Nilam Berlian
Simpanan Bulanan Simpan SSPN Plus RM20 RM40 RM90 RM180 RM270 RM200
Sumbangan Takaful RM10 RM10 RM10 RM20 RM30 RM300
Jumlah Komitmen Bulanan RM30 RM50 RM100 RM200 RM200 RM500

Simpan SSPN Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  1. Produk patuh syariah;
  2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);
  3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);
  4. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  5. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);
  6. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  7. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  8. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada syarikat pengendali takaful yang dipilih);
  9. Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
  10. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
  11. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
  12. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  13. Simpanan dijamin Kerajaan

Perbezaan antara produk Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) adalah seperti berikut :

Perkara Simpan SSPN Plus Simpan SSPN Prime
Komitmen Minimum Serendah RM30/ sebulan Tiada
Sumbangan Takaful Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. Percuma
*Layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas
Manfaat Takaful
i. Mengikut pakej dan syarikat pengendali takaful yang dipilih
Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000. Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) Ringgit ke Ringgit.
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM1,000,000. Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) Ringgit ke Ringgit.
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM200,000 Tiada
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000 Tiada
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari. Tiada
Khairat kematian* :
i. Pendeposit – sehingga RM25,000
ii. Pasangan – sehingga 12,500 dan
iii. 5 anak – sehingga RM 5,000 seorang.
Khairat kematian bagi:
i. Pendeposit – RM2,000, dan
ii. Penerima manfaat – RM500
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa.
ii. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM7,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa.
ii. Tiada
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) Tiada Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
Syarat Pembukaan Akaun Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
  • Diri sendiri
  • Anak Kandung, dan
  • Anak Jagaan yang sah (Anak Angkat/ Anak Tiri)
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
  • Diri sendiri
  • Anak Kandung
  • Anak Jagaan yang sah
  • Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 29 tahun

Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.

Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.

Bagi akaun SSPN-i Plus sedia ada,  ianya akan dipindahkan secara automatik ke akaun Simpan SSPN Plus di bawah Syarikat Pengendali Takaful asal iaitu HLMT.

Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut syarikat pengendali takaful seperti berikut:

PAKEJ INTAN (RM30)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00


50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00


60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00


48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


25,000.00

50,000.00

25,000.00


30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00


24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


12,500.00

45


12,000.00

36


12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


25.00

52


25.00

52


20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


2,800.00

2,800.00


1,200.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


12,500.00



100.00

PAKEJ DELIMA (RM50)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00


50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00


60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00


48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


25,000.00

50,000.00

25,000.00


30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00


24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


12,500.00

45


12,000.00

36


12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


25.00

52


25.00

52


20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


2,800.00

2,800.00


1,200.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


12,500.00



100.00

PAKEJ TOPAS (RM100)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00


50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00


60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00


48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


25,000.00

50,000.00

25,000.00


30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00


24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


12,500.00

45


12,000.00

36


12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


25.00

52


25.00

52


20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


2,800.00

2,800.00


1,200.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


12,500.00



100.00

PAKEJ ZAMRUD (RM200)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

50,000.00


100,000.00

100,000.00

150,000.00

60,000.00


120,000.00

120,000.00

120,000.00

48,000.00


96,000.00

96,000.00

96,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


50,000.00

100,000.00

50,000.00


60,000.00

120,000.00

20,000.00

20,000.00


48,000.00

96,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


25,000.00

45


24,000.00

36


24,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


50.00

52


50.00

52


40.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


3,000.00

3,000.00


1,500.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


25,000.00



200.00

PAKEJ NILAM (RM300)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

75,000.00


150,000.00

150,000.00

225,000.00

90,000.00


180,000.00

180,000.00

180,000.00

72,000.00


144,000.00

144,000.00

144,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


75,000.00

150,000.00

75,000.00


90,000.00

180,000.00

30,000.00

30,000.00


72,000.00

144,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


37,500.00

45


36,000.00

36


36,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


70.00

52


75.00

52


60.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


3,000.00

3,000.00


1,500.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


37,500.00



300.00

PAKEJ BERLIAN (RM500)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

1,000,000.00


1,000,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

600,000.00


1,200,000.00

1,200,000.00

1,200,000.00

500,000.00


1,000,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


1,000,000.00

1,000,000.00

200,000.00

200,000.00


600,000.00

1,200,000.00

100,000.00

100,000.00


500,000.00

1,000,000.00

200,000.00

200,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


200,000.00

45


120,000.00

36


200,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


250.00

52


250.00

52


200.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


25,000.00

12,500.00


5,000.00

5


20,000.00

10,000.00


3,000.00

3


25,000.00

12,500.00


5,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

Manfaat penghantaran balik jenazah


200,000.00

10,000.00



3,000.00

Syarat bagi Pendeposit :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mencapai umur 18 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut syarikat pengendali takaful yang dipilih); dan
  3. Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Syarat bagi Penerima Manfaat :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
  3. Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan).

Had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut Syarikat Pengendali Takaful adalah berikut :

Syarikat Pengendali TakafulHad Umur Maksimum Pendeposit bagi Pembukaan Akaun
HLMT
TIFB
Sehingga sebelum mencapai 65 tahun
GETBSehinga sebelum mencapai 69 tahun

Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun. Namun begitu bagi pembukaan akaun Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.

Bilangan akaun bagi pakej Berlian yang boleh dibuka adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut :
Syarikat Pengendali Takaful Had Bilangan Akaun Pakej Berlian
HLMT Dua (2)
GETB TIFB Satu (1)

Had umur perlindungan untuk pendeposit Simpan SSPN Plus adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut:

Syarikat Pengendali Takaful Had Umur Maksimum Pendeposit bagi Pembukaan Akaun
HLMT
TIFB
Sehingga sehari sebelum mencapai 66 tahun
GETB Sehingga sehari sebelum mencapai 70 tahun

Pendeposit adalah dikehendaki membuat bayaran secara potongan gaji/ direct debit atau auto debit bagi memastikan bayaran dapat dibuat secara konsisten sekali gus mengelakkan tunggakan yang akan memberi kesan kepada akaun pendeposit. Berikut adalah saluran/kaedah yang disediakan:

Saluran Simpan Caj
Kaunter PTPTN :
  • Secara tunai
  • Kad kredit
  • Kad debit
  • Kad ATM
Tiada
Potongan Gaji
  • Awam (JANM)
  • Swasta (Agensi)
Tiada
Auto Debit
  • Bank Islam (BIMB)
  • Maybank
  • RHB Bank
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tiada
  • Tiada
  • RM0.53 per transaksi
  • Tiada
  • RM1.00 untuk pendaftaran (sekali sahaja). RM0.53 per transaksi
Perbankan Internet
  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
Tiada
JomPay
  • Klik di sini untuk 40 bank terlibat.
Tiada
SSPN-i Plus online Tiada
Direct Debit
  • Klik di sini untuk senarai bank terlibat.
Tiada

Bahagian simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).

Pendeposit boleh membuat pengeluaran melalui kaedah seperti berikut :

Kaunter Permohonan Online
Perlu mengisi:
  • Slip Pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus
  • Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan
Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN.

Pendeposit diberikan tempoh ihsan selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, akaun akan ditutup serta-merta.

Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal kecuali manfaat khairat kematian.

Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN. Walau bagaimanapun, pendeposit akan menerima Sijil Takaful (Certificate Schedule) yang dihantar oleh Syarikat Pengendali Takaful secara e-mel dalam tempoh 30 hari (sebulan) daripada tarikh pembukaan akaun

Penyakit kritikal yang dilindungi adalah bergantung pada syarikat pengendali takaful yang dipilih. Berikut adalah penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi oleh Syarikat Pengendali Takaful:

Bil. Syarikat Pengendali Takaful/ Penyakit Kritikal GETB HLMT TIFB
1 Alzheimer/ dementia teruk/ gangguan otak degeneratif organik tidak boleh pulih / / /
2 Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari / / /
3 Meningitis Bakteria / / /
4 Tumor Otak Benigna – Keterukan tertentu / / /
5 Buta – kekal dan tidak boleh pulih / / /
6 Pembedahan otak / / /
7 Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal / / /
8 Kardiomiopati – keterukan tertentu / / /
9 Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan kekal sumsum tulang / / /
10 Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal yang berterusan / / /
11 Pembedahan pintasan arteri koronari / / /
12 Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih / / /
13 Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian / / /
14 Kegagalan hati tahap akhir / / /
15 Penyakit paru-paru tahap akhir / / /
16 AIDS dengan gejala penuh /
17 Hepatitis Viral/Virus Fulminan / / /
18 Serangan jantung – keterukan tertentu / / /
19 Pembedahan Injap Jantung / / /
20 Jangkitan HIV melalui Transfusi Darah / / /
21 Kegagalan buah pinggang – memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang / / /
22 Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari) /
23 Hilang keupayaan bertutur / / /
24 Trauma Kepala Major (Teruk) –  mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian / / /
25 Transplan Organ Utama/ Sumsum tulang / / /
26 Penyakit neuron motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusan / / /
27 Sklerosis Multipel / / /
28 Distrofi otot / / /
29 Kelumpuhan anggota / / /
30 Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian / / /
31 Hipertensi Arteri Pulmunori Primer – keterukan tertentu / / /
32 Penyakit arteri koronari serius / / /
33 Strok/ Angin Ahmar – mengakibatkan deficit neurologi kekal dengan symptom-simptom klinikal berterusan / / /
34 Pembedahan Aorta / / /
35 Lupus Eritematosus Sistematik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk / / /
36 Kelecuran tahap ketiga – keterukan tertentu / / /
37 Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaan /
38 Penyakit Terminal (membawa maut) / / /
39 Penyakit Sistik Medular / / /
40 Sindrom Apallic (iaitu keadaan Vegetatif Berterusan) /
41 Poliomielitis /
42 Skleroderma Progresif /
43 Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik /
44 Elefantiasis (PenyaKit Untut) /
45 Penyakit Creutzfeldt- Jakob (Penyakit Lembu Gila) /

Boleh terhad kepada pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja serta tertakluk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan oleh Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih.

Tempoh menunggu bagi Simpan SSPN Plus adalah mengikut jenis manfaat takaful dan Syarikat Pengendali Takaful seperti berikut:

 

MANFAAT

TEMPOH MENUNGGU MENGIKUT SPT
HLMTGETBTIFB
Kematian Biasa

– Perlindungan serta merta

– Pakej Berlian : 3 bulan dari tarikh kuat kuasa.

– Perlindungan Serta Merta

-Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada

– Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada)

– Pakej Berlian 3 bulan

Kematian Akibat Kemalangan– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta
Keilatan Kekal Biasa– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada)– 6 bulan untuk penyakit sedia ada
Keilatan Kekal Akibat Kemalangan– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta– Perlindungan Serta Merta
Keilatan Separa Kekal Biasa

– Biasa – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada

– Kemalangan – Perlindungan Serta Merta

– Pakej Berlian sahaja : 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada)

– Pakej Berlian perlindungan serta merta

– Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada

– Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada.

Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan– Perlindungan Serta Merta– Tiada
Penyakit Kritikal

– Kanser dan Penyakit Berkaitan

– Jantung – 60 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Lain – 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser, Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius)

– 60 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk penyakit kritikal lain)

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus)

– 60 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus)

Elaun Kemasukan Hospital

– Kemalangan – Perlindungan Serta Merta

– Penyakit Khusus – 120 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Lain – 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa (disebabkan oleh secara semula jadi)

– 120 hari hari dari tarikh kuat kuasa ( penyakit khusus)

– Perlindungan serta-merta (akibat kemalangan)

– Kemalangan – Perlindungan serta-merta

– Penyakit – 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Khusus – 120 hari dari tarikh kuat kuasa

– 180 hari untuk setiap satu kemasukkan hospital

– 365 hari untuk sepanjang tempoh perlindungan

Khairat Kematian– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu– Perlindungan Serta Merta– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu
Penyakit Terminal – Tidak berkaitan– 30 hari dari tarikh kuat kuasa– Tidak berkaitan

Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.

Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak

Boleh. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri tertakluk kepada syarat pembukaan akaun yang ditetapkan

Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja.

Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun dengan syarat akaun dibuka oleh pendeposit berbeza sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang sah (ibu bapa tiri/ ibu bapa angkat).

Pembukaan akaun bagi anak jagaan yang sah sama ada anak angkat atau anak tiri hanya boleh dibuka di kaunter PTPTN dengan membawa salinan dokumen berikut :

  • Anak Angkat : Surat Akuan Berkanun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Sijil Anak Angkat JPN
  • Anak Tiri : Sijil/ Kad Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran Anak

Tidak boleh. Pendeposit hendaklah menutup akaun sedia ada dan membuka akaun yang baharu dengan pakej yang hendak dipilih.

Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun yang dibuka oleh pendeposit.

Contoh:

Bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima di bawah syarikat pengendali takaful HLMT, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM150,000 (RM30,000 x 5 akaun). Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan

Waris atau Penama (yang didaftar di PTPTN) boleh membuat tuntutan.

Pasangan hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
  2. Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut syarikat pengendali takaful yang dipilih);
  3. Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

Anak hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Sehingga 5 orang anak (tertakluk kepada syarikat takaful yang dipilih)
  2. Hubungan sama ada anak kandung/ anak tiri /anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh Syarikat Pengendali Takaful adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau
  2. Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun si mati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan:
    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada Syarikat Pengendali Takaful.

Dividen

Pendeposit yang mempunyai akaun Simpan SSPN  yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.

Dividen akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.

Ya. Pendapatan dari dividen Simpan SSPN dikecualikan daripada cukai.

Pelepasan Taksiran Cukai

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Kategori kelayakan adalah seperti berikut:

  • Taksiran Berasingan : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun.
  • Taksiran Bersama : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun.

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa, iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun Simpan SSPN Prime melalui e-SSPN Prime di portal rasmi PTPTN.

Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime hanya diberikan sehingga RM8,000. Walau bagaimanapun bagi akaun Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM7,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP.

Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.

Geran Sepadan

Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.

  2. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.

  3. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.

Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

  1. *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.

  2. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.

  3. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.

  4. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.

  5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).

  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.

  7. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)

*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan

Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.

Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.