PRODUK SIMPANAN
Simpan SSPN Prime
PRODUK SIMPANAN
Simpan SSPN Prime


Pengenalan
Simpan SSPN Prime
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga dikenali sebagai SSPN-i telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.
Jumlah Pembukaan Akaun
Simpan SSPN Prime
Jumlah pembukaan akaun Simpan SSPN Prime dari 2004 sehingga Januari 2022 adalah sebanyak 4,524,048 .
Jumlah geran sepadan RM10,000 yang telah dikemaskini pada penyata dari
2005 sehingga Januari 2022 bagi akaun Simpan SSPN Prime adalah sebanyak 2,165 .



4,524,048
Jumlah Pembukaan Akaun
Simpan SSPN Prime
Jumlah pembukaan akaun Simpan SSPN Prime dari 2004 sehingga Januari 2022 adalah sebanyak 4,524,048 .
Jumlah geran sepadan RM10,000 yang telah dikemaskini pada penyata dari
2005 sehingga Januari 2022 bagi akaun Simpan SSPN Prime adalah sebanyak 2,165.



4,524,048
KEISTIMEWAAN


PATUH
Syariah
SIMPANAN
Dijamin Kerajaan


PELEPASAN
TAKSIRAN CUKAI
Sehingga RM 8,000
PERLINDUNGAN
TAKAFUL
Percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas


LAYAK MEMOHON
Pinjaman PTPTN


GERAN SEPADAN
Sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak
DIVIDEN
Kompetitif
SYARAT-SYARAT


Warganegara Malaysia


Pendeposit berumur 18 tahun ke atas


Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun


Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak kandung/ anak jagaan yang sah sahaja
LANGKAH PEMBUKAAN AKAUN


Layari Portal Rasmi Simpan SSPN


Klik pada 'Pembukaan Akaun' dan isi maklumat serta butiran peribadi


Buat bayaran dan cetak resit


Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 24 jam pembukaan akaun secara online

