
Senarai Pemenang Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN Cabutan Siri – Silver 1
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN pada tahun ini. Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.
Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN pada kali ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri Silver 1, Silver 2 dan Silver 3. Bagi Cabutan Siri Silver 1, tempoh kempen bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2022 yang lalu.
Berikut adalah senarai pemenang bagi Cabutan Siri Silver 1:
Hadiah | Senarai Pemenang |
---|---|
Tunai bernilai RM2,525 x 25 pemenang |
|
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.