Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 pada hari ini yang disempurnakan oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN di Facebook PTPTNOfficial. Kempen ini diperkenalkan buat julung kalinya sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit SSPN-i.

Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 menawarkan hadiah yang sangat lumayan bernilai hampir RM240,000.00 untuk 39 orang pemenang dan terbuka kepada pendeposit SSPN-i yang membuka akaun dan membuat penambahan deposit dalam tempoh promosi mulai 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2021. Terdapat 3 kategori cabutan bagi kempen ini iaitu Kategori Platinum, Gold dan Silver.

Pelanggan hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan deposit minimum RM200.00 dalam tempoh promosi. Pelanggan juga perlu mengekalkannya selama 3 bulan selepas tamat tempoh promosi. Setiap simpanan bernilai RM50.00 akan melayakkan pendeposit mendapat 1 cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.

Tawaran hadiah utama

Sebuah kereta Proton X50 bagi Kategori Platinum. Manakala sebuah kereta Perodua Myvi 1.5cc bagi Kategori Gold dan sebuah motosikal Yamaha Y15zr untuk Kategori Silver. Tidak ketinggalan bagi tempat kedua, ketiga dan saguhati juga turut disediakan seperti barang kemas, komputer riba dan wang tunai.

Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i juga dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang SSPN-i tawarkan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful ringgit ke ringgit (dollar to dollar) secara percuma dan pemberian Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000.00 kepada pendeposit yang layak. SSPN-i juga merupakan skim simpanan patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan.

Encik Ahmad Dasuki berkata, “Ini adalah usaha PTPTN agar rakyat sentiasa mengutamakan simpanan di samping menjaga kesihatan diri. Dengan mengamalkan Stay Home, Stay Safe , kita masih dapat terus menyemarakkan lagi budaya penabungan dengan membuat simpanan melalui saluran dalam talian yang disediakan lebih mudah, cepat dan selamat. Marilah rebut peluang keemasan yang ditawarkan ini.”

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Untuk terma dan syarat, klik di sini.

Untuk soalan lazim, klik di sini.