Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
LinkedIn

Kempen Merdeka With BigPay!

Bersempena bulan Kemerdekaan ini, PTPTN bekerjasama dengan rakan strategik BigPay melalui Kempen Merdeka With BigPay! yang bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN di samping berpeluang memenangi ganjaran istimewa. BigPay merupakan aplikasi kewangan yang didatangkan bersama Prepaid MasterCard dan Visa serta aplikasi untuk membolehkan pengguna membuat transaksi bayaran.

Kempen ini juga merupakan tanda keprihatinan PTPTN dan BigPay bagi menghargai peminjam PTPTN yang komited membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN. Tempoh kempen ini bermula dari 15 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Kempen ini terbuka kepada pengguna BigPay atau/dan peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman di dalam tempoh kempen. Setiap pengguna layak menerima pemberian ganjaran sekali sahaja untuk setiap kategori.

Penentuan kelayakan pemberian ganjaran adalah seperti yang berikut:

Kategori Pemberian Ganjaran Bilangan Pemenang
Bayaran balik pinjaman minimum RM2,000 secara one off menggunakan BigPay RM50 cashback dan 6x mata ganjaran yang akan dikreditkan ke dalam e-wallet BigPay 100 pengguna terawal setiap bulan (Ogos dan September). Jumlah keseluruhan pemenang yang layak adalah 200 orang
Bayaran balik pinjaman minimum RM200 melalui potongan debit secara berturut-turut pada bulan Ogos dan September menggunakan BigPay Berpeluang memenangi tiket penerbangan domestik bernilai RM200 20 pemenang

PTPTN berharap dengan pelaksanaan kempen ini dapat memberi peluang kepada para peminjam untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui BigPay. Sesungguhnya bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh para peminjam amat bermakna dan penting demi kelestarian pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.

Terma & Syarat, KLIK DI SINI.

Soalan Lazim, KLIK DI SINI.