Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
LinkedIn

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022

Sambutan Aidilfitri 2022 dijangkakan akan lebih meriah dan istimewa tatkala Malaysia memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022. Bagi meraikan kemeriahan dan keseronokan berhari raya yang akan disambut oleh seluruh masyarakat majmuk di Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan lagi Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 pada tahun ini. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai pilihan utama untuk simpanan semasa musim perayaan.

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022 pada kali ini dianjurkan di Peringkat Negeri dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM160,000 untuk dimenangi. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh kempen bermula 15 April 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Setiap negeri menawarkan hadiah menarik kepada 22 pemenang iaitu:

Hadiah Bilangan Hadiah
Pertama : TV Pintar 4K 50” 1 Pemenang x 14 Negeri
Kedua : Vakum Tanpa Wayar 1 Pemenang x 14 Negeri
Ketiga : Seterika Wap 1 Pemenang x 14 Negeri
Saguhati : Duit Raya bernilai RM200 19 Pemenang x 14 Negeri

Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 dalam tempoh kempen dan akan layak mendapat satu (1) cabutan secara automatik. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dan tidak membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen.

Pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik, malah akan menikmati pelbagai manfaat dan keistimewaan Simpan SSPN yang disediakan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang kompetitif dan patuh syariah. Lebih menarik, Simpan SSPN Plus turut menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan takaful yang komprehensif sehingga RM1.2 juta dan khairat kematian bagi pendeposit, pasangan dan lima (5) orang anak. Manakala Simpan SSPN Prime pula menawarkan
Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan anak diterima dan mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara dalam talian melalui www.lovesspn.com atau melalui aplikasi mudah alih myPTPTN.

PTPTN berharap dengan pelaksanaan kempen ini dapat menyuntik motivasi masyarakat terutamanya ibu bapa untuk meningkatkan budaya menabung dengan menyimpan duit raya anak-anak dalam akaun Simpan SSPN. Lebih banyak anda menyimpan, lebih banyak peluang untuk menang.

Laman web kempen, KLIK DI SINI.

Terma & syarat, KLIK DI SINI.

Soalan lazim, KLIK DI SINI.