Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

Kempen Click, Pay & Earn is Back!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan tiga (3) lagi saluran bayaran baharu bagi bayaran balik pinjaman PTPTN dan simpanan dalam Simpan SSPN.Tiga (3) saluran tersebut ialah AnsaraPay, PayHalal dan SPayGlobal .

Kemudahan saluran bayaran dalam talian ini adalah selaras dengan Teras Strategik ke-5, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas dan sentiasa berada di tahap terbaik.

Sempena pelancaran saluran bayaran baharu ini, PTPTN dengan kerjasama AnsaraPay,PayHalal dan ShopeePay turut menganjurkan kempen Click, Pay & Earn is Back! kepada semua pelanggan PTPTN. Dengan konsep “siapa cepat dia dapat”, pengguna terawal yang menggunakan saluran bayaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN atau simpanan melalui Simpan SSPN berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan. Tempoh kempen ini bermula 11 November 2021 hingga 11 Januari 2022.

Pelancaran saluran bayaran baharu PTPTN dan kempen Click, Pay & Earn is Back! telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN di Menara PTPTN, Kuala Lumpur. Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Khushairi Wahijan, Pengerusi AnsaraPay, Encik Azizul Fikri Ab Rahman, Pengurus Negara PayHalal dan Encik Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia.

Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Bagi menggalakkan bayaran tanpa tunai, PTPTN sentiasa komited dan proaktif untuk memastikan perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (End to End) terus diperkasa dengan mempelbagaikan kemudahan bayaran secara dalam talian di samping menyediakan kempen menarik bagi menggalakkan masyarakat menggunakan saluran ini.”

Menurut Pengerusi AnsaraPay, Dato Haji Khushairi Wahijan, “Kerjasama strategik antara PTPTN dan Persatuan bekas pelajar MRSM seMalaysia (Ansara) dalam menyediakan platform digital sebagai pemudah cara untuk membantu peminjam PTPTN dan pendeposit Simpan SSPN membuat pembayaran secara dalam talian melalui aplikasi e-Wallet AnsaraPay.”

“Kerjasama strategik PayHalal gerbang pembayaran patuh syariah pertama di dunia bersama PTPTN adalah bagi mewujudkan saluran pembayaran digital patuh syariah bagi kemudahan masyarakat membayar pinjaman PTPTN serta simpanan mereka di Simpan SSPN,” ujar Pengurus Negara PayHalal, Azizul Fikri Ab Rahman.

Sementara itu, Pengurus Besar SpayGlobal, Chin Zhan Kiun menjelaskan “SiliconNet Technologies berasa bangga atas kolaborasi bersama PTPTN dan SpayGlobal. Kami yakin ia akan terus menjadi modul Lifestyle Gaya Hidup Tanpa Tunai yang popular di SpayGlobal.”

Bagi Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia, “Usaha pihak PTPTN memudahkan proses pembayaran bagi pelanggan mereka haruslah dipuji. Di Shopee dan ShopeePay, objektif kami adalah untuk menambah baik gaya hidup masyarakat melalui teknologi dan kami berasa gembira dapat bekerjasama bersama PTPTN bagi mengambil satu lagi langkah positif ke arah matlamat kami.”

Melalui kempen ini, pelanggan yang menggunakan aplikasi AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay untuk membuat bayaran balik pinjaman atau penambahan deposit Simpan SSPN dalam tempoh promosi akan berpeluang menerima pemberian ganjaran seperti berikut:

SaluranJumlah Bayaran/SimpananJumlah PemberianTempoh Kempen
AnsaraPayMinimum RM100 dalam satu (1) transaksiCashback sebanyak RM15 ke dalam akaun e-wallet pengguna dan RM10 baucar pembelian di https://kedaiansara.my
tertakluk kepada 200 pengguna terawal bayaran balik pinjaman atau deposit Simpan SSPN dalam tempoh kempen.
11 November 2021 sehingga 30 November 2021
ShopeePayMinimum RM100 dalam satu (1) transaksiBaucar diskaun sebanyak RM10 tertakluk kepada 50 pengguna terawal bayaran balik pinjaman atau deposit Simpan SSPN setiap hari dalam tempoh kempen.11 November 2021 sehingga 31 Disember 2021
PayHalalMinimum RM100 dalam satu (1) transaksiWang tunai sebanyak RM5 kepada 100 pengguna terawal setiap bulan bagi bayaran balik pinjaman atau deposit SSPN dalam tempoh kempen.11 November 2021 sehingga 11 Januari 2022

Sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), PTPTN sentiasa peka dengan kehendak pelanggan PTPTN. PTPTN berharap dengan adanya penambahan saluran bayaran baharu ini serta kempen yang dilaksanakan akan menjadi pemudah cara kepada peminjam serta pendeposit untuk terus membuat bayaran balik pinjaman dan penabungan selain dapat memperkasakan perkhidmatan PTPTN kepada masyarakat.

Untuk terma dan syarat, klik di sini.

Untuk soalan lazim, klik di sini.