Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
LinkedIn

Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021

Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN diadakan bagi meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina yang akan dirasai bersama oleh masyarakat Malaysia yang majmuk.

Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan daripada PTPTN kerana memilih SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan di musim perayaan. Tempoh promosi bermula 08 Februari 2021 sehingga 08 Mac 2021.

Kelayakan Umum:

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN
  2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak)
  3. Pendeposit SSPN perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen
  4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan
  5. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga 31 Mac 2021

 

Hadiah Bilangan Hadiah
Pertama Ang Pow bernilai RM8,888 1
Kedua Ang Pow bernilai RM6,888 1
Ketiga Ang Pow bernilai RM3,888 1
Saguhati Ang Pow bernilai RM888 85
Jumlah Keseluruhan 88

Untuk terma dan syarat, klik di sini.

Untuk soalan lazim, klik di sini.