Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2021

Ganjaran Kesetian SSPN-i 2021

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Ganjaran Kesetiaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada kadar 1 peratus. Ganjaran Kesetiaan ini adalah hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang. Tahun ini merupakan tahun ketiga Ganjaran Kesetiaan diberikan kepada pendeposit setia SSPN-i.

Ganjaran Kesetiaan ini akan dinikmati pendeposit SSPN-i yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.00. Tempoh promosi bermula 24 Februari 2021 hingga 30 April 2021 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2018. Kepada pendeposit SSPN-i yang layak, rebutlah peluang keemasan ini.

SSPN bukan sekadar simpanan biasa, malah menawarkan pelbagai keistimewaan kepada seisi keluarga. Ini termasuk pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000.00, pemberian dividen yang kompetitif dan paling menarik, SSPN turut menawarkan perlindungan takaful dan khairat kematian yang sekali gus membantu anak-anak meneruskan pengajian mereka sekiranya ibu bapa ditimpa musibah yang tidak diingini.

Oleh itu, jangan bertangguh lagi, mulakan simpanan hari ini bersama SSPN. Jadikan SSPN sebagai hadiah terindah dalam kehidupan anak-anak demi masa depan pendidikan yang terjamin.

Untuk terma dan syarat, klik di sini.

Untuk soalan lazim, klik di sini.