Tawaran Hadiah Menarik
Menanti Anda!

Pertama
TV Pintar 4K 50"
1 Pemenang x 14 Negeri

Kedua
Vakum Tanpa Wayar
1 Pemenang x 14 Negeri

Ketiga
Seterika Wap
1 Pemenang x 14 Negeri

Saguhati
Duit Raya bernilai RM200
19 Pemenang x 14 Negeri

Terma & Syarat

Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN;

Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;

Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit;

Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;

Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dan tidak boleh membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen.

Soalan Lazim

Kempen ‘Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022’ merupakan salah satu kempen simbolik yang diadakan bagi meraikan kemeriahan Raya Aidilfitri yang akan disambut bersama seluruh masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen ‘Jom Beraya, Jom Menyimpan’ dianjurkan di Peringkat Negeri (PPN) dan menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM160,000.00 untuk dimenangi.

Tempoh kempen ini bermula pada 15 April 2022 Sehingga 31 Mei 2022.

Semua pendeposit Simpan SSPN (Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus) yang membuat pembukaan dan penambahan akaun dalam tempoh kempen, tertakluk kepada terma dan syarat penyertaan.

Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN;
ii. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
iii. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
iv. Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri adalah berdasarkan alamat surat- menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit;
v. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dan tidak boleh membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen

Pendeposit perlu memastikan simpanan bersih* minimum RM50 untuk melayakkan pendeposit menyertai kempen ini.
*Simpanan bersih adalah wang yang disimpan di dalam tempoh kempen ditolak dengan wang yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama.

Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.

Tidak. Pendeposit tidak dibenarkan membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dan perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dalam tempoh kempen.

Penentuan kelayakan cabutan di peringkat negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit.

Hadiah Bilangan Hadiah
Pertama : TV Pintar 4K 50” 1 Pemenang X 14 Negeri
Kedua : Vakum Tanpa Wayar 1 Pemenang X 14 Negeri
Ketiga : Seterika Wap 1 Pemenang X 14 Negeri
Saguhati : Duit Raya bernilai RM200 1 Pemenang X 14 Negeri

Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my

Tuntutan hadiah yang dimenangi boleh dituntut di Pejabat PTPTN Negeri yang berkaitan.

Hadiah tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime dalam tempoh DUA (2) BULAN dari tarikh cabutan

Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi oleh pendeposit adalah TIDAK LAYAK untuk diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan cukai. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Simpan SSPN yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja.

Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.

Jom Langgan

Jadilah yang pertama untuk mengetahui
promosi terkini tentang Simpan SSPN

Alami Pengalaman Baharu
Dunia Pendigitalan PTPTN

Buka dan tambah simpanan di Simpan SSPN melalui myPTPTN.
Muat turun sekarang!

Hak Cipta Terpelihara © 2022
 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional