Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

5 Tips Menabung Dengan Bijak

Sejak akhir-akhir ini, ketidakseimbangan kekayaan meningkat secara mendadak di negara kita Malaysia. Terutamanya bagi keluarga yang mempunyai bilangan isi rumah yang ramai. Oleh yang demikian sikap menabung dengan bijak haruslah diterapkan dikalangan masyarakat kita bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak serta kos sara hidup yang kian meningkat. Disini ingin saya kongsikan 5 tips untuk menabung. Jujur saya katakan ianya bukan perkara yang mudah. Tetapi dengan adanya azam dan matlamat, insyaAllah kita pasti boleh amalkan sikap menabung dengan bijak.

1. Peraturan 30% atau 20% dari gaji

Inilah peraturan praktikal yang boleh kita pertimbangkan: sekurang-kurangnya 30% atau 20% dari gaji atau pendapatan kita harus menuju ke tabungan. Lebih banyak lebih baik; kurang bermakna lebih lama kita perlu menabung.

2. Menabung dengan menetapkan jumlah (RM)

Selain dari membuat tabungan secara peratusan dari gaji atau pendapatan kita, kita juga boleh menetapkan tabungan secara nilai tetap. Contohnya sehari RM1, macam tabung Simpan SSPN Plus tu, sebulan jadi lah RM30. Siap boleh buat potongan gaji atau autodebit lagi. Kan senang tu?

3. Simpan baki wang kita dalam tabung

Saya pasti ramai yang berbelanja secara harian dan mempunyai baki wang. Dengan baki wang tersebut kita boleh membuat tabungan kecil tanpa dirancang. Selesai bayar hutang dan belanja dapur, bakinya kita masuk dalam tabung.

4. Tetapkan matlamat menabung

Kenapa kita perlu menabung? Salah satu kaedah menabung yang berkesan adalah dengan menetapkan sasaran atau matlamat untuk membuat tabungan tersebut. Contohnya, membuat tabungan bagi pendidikan anak-anak bagi mengelakkan kita membuat pinjaman di masa hadapan.

5. Menabung di tempat yang betul dan tepat

Ramai yang sangka menabung hanya di bank. Sebenarnya ada banyak tempat untuk kita menabung. Salah satunya macam Simpan SSPN, bukan sahaja boleh menabung, pelbagai manfaat lain juga ditawarkan seperti dividen 4%, pelepasan cukai pendapatan, perlindungan takaful pun dapat. Semoga tips menabung ini dapat membantu meningkatkan lagi tabungan kita demi menjamin masa depan keluarga kita. Selamat mencuba.

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, klik di sini.

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, klik di sini.