Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on linkedin

5 Aktiviti Memupuk Tabiat Menabung

Wang merupakan satu perkara penting sejak tamadun awal lagi dan fungsinya semakin penting pada masa kini. Pengurusan wang yang efektif menjadi tunjang kepada kelangsungan hidup semasa wabak global yang semakin ganas melanda. Perancangan yang rapi dalam menguruskan wang adalah inti dalam amalan menabung. Tanpa perancangan atau pelan efektif, maka amalan ini hanya umpama hujan di tengah hari. Hasilnya, anda akan sukar mencapai matlamat kewangan yang pelbagai. Amalan menabung mudah dilakukan tetapi konsisten dalam mengaplikasikannya dalam hidup memerlukan panduan yang tepat. Oleh itu, kami sediakan beberapa cara untuk anda konsisten menabung supaya anda mempunyai payung yang besar apabila hujan melanda. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

1. Tetapkan Objektif Tabungan Anda

Setiap perancangan memerlukan objektif untuk dijadikan teras agar misi dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebagai individu yang ingin menabung, anda perlu tahu tujuan anda menabung. Jika sesuatu perkara dilakukan tanpa tujuan maka kita akan hilang arah pada pertengahan jalan. Jadi, tetapkan tujuan anda dan anda akan lihat jalan yang akan anda tempuhi. Sebagai contoh, menabung untuk pendidikan masa depan anak-anak.

2. Teknik Paksa Rela

Ramai juga yang memilih teknik ini kerana mudah dan tidak memerlukan urusan dengan pihak ketiga. Cara ini hanya melibatkan individu yang mahu menabung sahaja iaitu anda memerlukan akaun ketiga sebagai akaun alternatif anda untuk simpanan tetap. Namun, harus diingat bahawa kad bank bagi simpanan tetap perlu disimpan
rapi dan jauh daripada mata anda. Kad bank mampu memperdayakan anda untuk berbelanja diluar perancangan anda kerana hanya anda sahaja yang tahu nilai simpanan tersebut. Anda juga digalakkan untuk berurusan dengan pihak bank untuk mengetahui produk yang berkaitan dengan simpanan tetap.

3. Wujudkan Tabung Kecemasan

Setiap bulan anda menerima gaji dan daripada gaji tersebut anda telah mengatur perbelanjaan anda agar mampu bertahan ke hujung bulan. Namun, perkara di luar kawalan anda sering terjadi seperti kerosakan kenderaan, masalah kesihatan dan kemalangan. Inilah yang digelarkan sebagai hal kecemasan. Sebagai panduan, anda memerlukan tabungan atau simpanan yang mampu menampung perbelanjaan bagi 3 hingga 6 bulan.

4. Simpan Mengikut Warna

Kaedah ini merupakan antara kaedah yang kreatif untuk menyimpan wang. Kaedah ini menetapkan untuk menyimpan mengikut warna wang tersebut. Anda perlu memilih warna wang yang anda ingin simpan. Misalnya, anda memilih untuk menyimpan nota wang berwarna hijau (RM5) dan anda perlu mengasing wang yang berwarna hijau daripada duit perbelanjaan anda. Teruskan menyimpan menggunakan teknik ini mengikut tempoh yang anda ingini dan pasti anda akan terkejut melihat hasilnya.

5. Pelan Pelaburan

Rakyat Malaysia sudah pasti tahu berkaitan pelaburan secara umum tetapi masih gagal untuk menjadikannya sebagai satu gaya hidup. Melalui sistem pelaburan, anda bukan sahaja boleh menyimpan malah menambahkan lagi nilai simpanan anda. Pelaburan pasif merupakan jalan selamat bagi anda yang mahu mencuba kerana kadar risiko kerugian yang rendah.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara yang boleh kita pilih untuk memulakan amalan menabung. Anda boleh memilih mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Salah satu caranya adalah dengan menabung di Simpan SSPN.  Realitinya, menabung memang memerlukan pengorbanan tetapi hasil yang bakal anda perolehi amat berbaloi.

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, klik di sini.

Bagi pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, klik di sini.